Sep
Nov
23 Novermber, Desaru - Bertempat di Kilometer 20 Jalan Desaru-Kota Tinggi, satu majlis bagi mewujudkan hub pembangunan Bio Pelancongan telah diadakan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Turut hadir pada majlis yang penuh bermakna itu ialah Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said merangkap Menteri Pelancongan.
Nov
22 November, Kuala Lumpur - Those gunning for the Wanita Umno top posts should remember that members are their priority, said Umno Supreme Council member YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.
“I think there is a conflict between what the top candidates want and what the members want.
“Members should be the top priority. When Datuk Seri Najib (Tun Razak) takes over, he needs strong leaders for the wings especially the Wanita wing,” she said yesterday.
Nov
Nov
21 November, Air Tawar 5 - Program Khidmat Bergerak (PKB) Parlimen Pengerang diakui banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk kampung khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.Khidmat bergerak itu merupakan jawapan kepada isu jurang antara pemimpin dan rakyat yang dirasai penduduk hingga kebanyakan masalah mereka tidak didengari sebelum ini.
Nov
Nov
11 November, Bandar Penawar - Sebut sahaja nama pusat peranginan Desaru, para pelancong pastinya akan membayangkan keindahan pasir pantai memutih bersama desiran angin dan deruan ombak yang mendamaikan jiwa. Disebabkan keistimewaannya, Desaru sememangnya tidak asing lagi dan cukup terkenal sejak 1980-an sebagai destinasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Nov
10 November, Bandar Penawar - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said tidak melihat kekurangan pencalonan untuk melayakkannya bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti Mac depan sebagai suatu kegagalan. Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Ahli Parlimen Pengerang menganggap 14 pencalonan yang diterimanya setakat ini untuk jawatan tersebut diibaratkan sebagai ‘pintu yang telah dibuka’.
Nov
10 November, Bandar Penawar - Mengenai gejala politik wang pada pemilihan UMNO kali ini, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, ahli parti perlu menolak amalan tersebut dan memilih calon-calon berdasarkan kepada kebolehan yang ditawar mereka. Azalina yang ditemui melahirkan kebimbangannya dengan isu politik yang dikatakan semakin berleluasan dalam Umno kebelakangan ini.
Nov
9 Nov, Bandar Penawar - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said hari ini dengan rasminya diumumkan sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang.
Dato’ Sri Azalina yang memenangi kerusi Ketua UMNO Bahagian Pengerang setelah mendapat 27 pencalonan daripada 31 cawangan yang bersidang. Manakala pencabarnya, Datuk Harun Abdullah hanya mendapat 4 pencalonan sahaja dan sekaligus tidak melepasi had kelayakan. Read the rest of this entry »
Nov
8 Nov, Air Tawar 5 - Dengan rasminya, bertempat di perkarangan pejabat Pusat Khidmat, Wakil Rakyat Parlimen Pengerang satu majlis perasmian dan penyerahan Van Khidmat Bergerak telah diadakan petang tadi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said merangkap Menteri Pelancongan. Read the rest of this entry »
Nov
Ketika diminta pandangannya, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Sri Azalina Othman Said berpendapat Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kini mungkin berada dalam keadaan tersepit.
Menurut Azalina, Sharizat kini mungkin tersepit antara pelan peralihan kuasa seperti yang pernah ditawarkan oleh Tan Sri Rafidah sebelum ini dan desakan dari akar umbi yang mahukan dia merebut jawatan nombor satu dalam pergerakan wanita itu. Read the rest of this entry »
Nov
4 November, Kuala Lumpur - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said hari ini melahirkan rasa tidak yakin yang beliau akan mendapat cukup pencalonan bagi melayakkannya bertanding merebut jawatan Naib Ketua Wanita UMNO pada Mac ini.
Beliau yang setakat ini hanya mendapat 13 pencalonan dan masih memerlukan 16 pencalonan lagi untuk melayakkan beliau bertanding jawatan tersebut turut mendakwa terdapat sekatan di peringkat bahagian supaya tidak mencalonkannya. Read the rest of this entry »
Written by 












































